Carian Dalam Blog
image
image
image

MSK ISMP ambilan September 2011

Para Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan September 2011 telah mula mendaftarkan diri mereka pada 7 haribulan September 2011 di dewan serbaguna Kolej Za'ba. Seramai 370 orang yang terdiri daripada 150 pelajar lelaki dan selebihnya pelajar perempuan telah berjaya mendaftarkan diri di Kolej Aminuddin Baki. Setelah selesai mendaftar, pada malam harinya mereka telah di beri taklimat oleh pengetua Kolej Aminuddin Baki iaitu Doktor Syed Sofian B. Syed Salin tentang pengenalan kepada KAB,peranan kolej dan segala aktiviti kolej. Pelajar juga di perkenalkan dengan pihak pentadbiran kolej serta Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej sesi 2011/2012.










Selamat Datang ke Kolej Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada para pelajar baru ISMP ambilan September 2011. 




Sumber: JMK KAB 2011/2012

Lawatan Akademik dan Diskusi Ilmiah

Pada 20 Julai tahun 2011 yang lalu, telah diadakan Malis Penghargaan dan Perpisahan buat pengetua Kolej Aminuddin Baki (KAB) iaitu Encik Zulkifli b. Mamat. Khidmat beliau yang akan ditamatkan pada bulan September tahun ini telah menjadi bual mulut seluruh warga kolej kerana khidmat dan jasa beliau yang telah banyak di curahkan kepada seluruh warga siswa dan siswi KAB tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.

Encik Zulkifli telah memulakan kerjayanya menjadi pengetua kolej bermula pada tahun 2007 dan telah berkhidmat selama empat tahun berturut-turut. Segala ilmu dan jasa beliau terhadap warga kolej terutamanya pada Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dan Rakan Penggerak Addin/Rakan Surau (RPA/RS) akan di kenang selamanya kerana sifat kebapaan yang terdapat di dalam diri beliau serta sifat kekeluargaan yang sering di tekankan dalam menjayakan sesuatu program telah menjadi peransang minda dan emosi pelajar. Kata-katanya seperti "seseorang individu itu tidak akan berjaya tanpa kumpulan yang bekerjasama" akan menjadi ingatan untuk diamalkan oleh seluruh warga kolej. Pengunduran beliau dari KAB menjadi tamparan hebat buat semua warga kolej dan ini merupakan suatu kehilangan yang amat besar.


Semoga Encik Zulkifli berjaya dimasa hadapan. Doa kami seiring perjalanan ayahanda menuju kejayaan.
Jutaan terima kasih kerana jasa,ilmu dan pengorbanan Encik Zulkifli terhadap kami.




JMK/RE & RPA/RS 2011/2012






Seperti semester lalu, taklimat bersama pengetua kolej, Encik Zulkifli bin Mamat telah berlangsung mengikut peracangan. Seperti sudah menjadi tradisi, taklimat ini akan diadakan pada awal semester pada setiap sesi. Taklimat yang berlangsung selama 3 malam berturut- turut bermula daripada 11 Januari sehingga 13 Januari 2011 telah diadakan mengikut blok. Taklimat yang dipengerusikan oleh pengetua kolej telah diserikan lagi dengan kehadiran felo- felo blok Kolej Aminuddin Baki serta staf pejabat kolej.

Taklimat yang banyak menekankan tentang peraturan kolej kediaman telah dihadiri oleh hampir semua penghuni kolej. Walaupun kebanyakan pelajar mempunyai kelas pada waktu malam, namun ini tidak menghalang kelancaran program.

Pengetua kolej, Encik Zulkifli bin Mamat berharap agar setelah taklimat ini tamat, para pelajar dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Jika gagal, tindakan akan diambil. Beliau juga mengingatkan bahawa tarikh akhir mendaftar barang elektrik adalah pada 28 Januari 2011. 


Pelajar ambilan Disember 2010/2011 telah memperlihatkan mahasiswa berjaya mengatasi bilangan mahasiswi di Kolej Aminuddin Baki. Justeru itu, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah telah diberi amanat untuk mengendalikan program orientasi Minggu Tautan Kasih yang bertemakan “Mahasiswa Menyelusuri Pendidikan Bestari”. Program orientasi yang julung- julung kali dikendalikan oleh Biro di bawah Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) telah berjaya dilaksanakan mengikut rancangan yang telah ditetapkan dua minggu sebelum program berlangsung.
Program yang berlangsung selama 3 hari di Foyer JMK telah disusun secara rapi oleh AJK Aktiviti yang merangkumi perkembangan fizikal dan mental. Walaupun bilangan pelajar perempuan kurang, namun tidak menghalang mereka untuk turut aktif dalam menceriakan program ini. Seperti program- program lepas, Minggu Tautan Kasih (MTK) juga mengamalkan aktiviti gotong royong memasak. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, aktiviti ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti perjumpaan bersama rakan penggerak Ad-din (RPA), sesi ice-breaking, perjalanan beberapa modul dan beberapa aktiviti sukan. Pada majlis penutup, Encik Zulkifli bin Mamat serta beberapa orang felo dan staf pejabat selaku tetamu jemputan telah dipersembahkan dengan beberapa buah persembahan seperti drama, band dan puisidra daripada pelajar- pelajar baru.
“Saya berharap agar mahasiswa dan mahasiswi ambilan Disember 2010/2011 ini tidak akan mensia- siakan menjadi sebahagian daripada keluarga Ibu Kandung Suluh Budiman. Walau bagaimanapun, saya juga amat berharap agar pencapaian akademik selaras dengan pencapaian rohani dan jasmani. Justeru itu, saya menggalakkan agar semua pelajar melibatkan diri dengan secara aktif di dalam semua program yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Mahasiswa Kolej’, ujar pengetua Kolej Aminuddin Baki, Encik Zulkifli bin Mamat.
Pengarah program, Mohd Farhan bin Gorment berharap agar hubungan yang terjalin antara pelajar- pelajar ini dengan JMK akan berkekalan. “Minggu Tautan Kasih ini mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan program- program yang lepas kerana buat pertama kalinya aktiviti qiamulail dijalankan”, ujarnya lagi. 









Antara checkpoint (spider web) di dalam explorace

Gabungan fasilitator dan peserta

Sesi cabar minda semasa slot bersama Rakan Penggerak Addin



 

Aplikasi Atas Talian